Thursday, June 8, 2017

Dekorasi Lebaran Hias Rumah Cantik-Cantik Sambut Raya

Dekorasi Lebaran Hias Rumah Cantik-Cantik Sambut Raya
Tak sabar dah nak menunggu ketibaan Hari Raya bulan Julai nanti. Raya 2017 pastinya saya nak rumah saya lip lap lip lap, bling-bling dari jauh. Bukan sekadar angan-angan, tapi impian yang nak direalisasikan. Sambil tu, ni ha saya nak share perancangan saya menghias rumah. Dekorasi lebaran Aidilfitri, cantik mata memandang, tuan rumah senyum memanjang.

Langkah Perlaksanaan Dekorasi Lebaran
Panduan mendekorasi rumah untuk menyambut Hari Lebaran dari saya:

1. Lampu raya dan pokok hiasan dalam rumah
Hari raya mesti la nak tayang aura hari raya. Saya akan gantung lampu lip lap raya tu kat tingkap. Bila tetamu lalu depan rumah terpegun melihat lampu raya, menyuntik rasa keriangan dalam hati, betapa seronoknya menjelang raya.

Saya juga letak pokok hiasan dalam rumah. Pokok macam pokok krismas tu. Tapi yang ni ala raya. Sambil letakkan lampu raya dan gantung kad raya pada pokok tu. Wah, kreatif kan? Mesti tetamu singgah kat pokok nak lihat kad raya tuan rumah. Kalau kad raya tak banyak, boleh je gantung sampul raya kat pokok tu. Lagipun sampul duit raya memang ada macam-macam design yang menarik.
   
2. Memilih langsir cantik dan kontra
Langsir juga memainkan peranan dalam mengangkat seri ruang tamu rumah. Langsir yang mempunyai gabungan warna yang elegan, corak cantik pasti menarik mata tetamu memandang. Pemilihan warna langsir harus kontra dengan dinding. Baru ianya mencantikkan suasana ruang tamu rumah sempena ketibaan Aidilfitri tahun ni.

3. Warna cat dinding rumah
Pilih warna cat yang lembut, cantik yang memberi keceriaan dalam rumah. Jangan pilih warna cat malap. Kata nak raya, takkan la nak cat warna-warna suram. Semestinya nak rumah berseri dengan warna lembut, menonjol. Sebelum mengecat rumah, disarankan kikis cat lama terdahulu. Sebab cat lama yang tak dikikis menyebabkan cat baru mudah tertanggal atau terkopek.

Dekorasi Raya Dengan Sofa Bed Dari Lazada
Dekorasi Lebaran Hias Rumah Cantik-Cantik Sambut Raya, sofa bed, foldable sofa

2 Seater Foldable Sofa Bed 

Sofa bed ni sangat sesuai diletakkan di ruang tamu. Selain warnanya yang merah menyala, ia menjimatkan space ruang tamu. Kan ianya sofa bed. Pasti tetamu tertarik dengan warna cantik sofa bed ni. Berebut-rebut nak duduk kat situ. Jika korang pun jatuh cinta dengan warna sofa bed yang menggoda ni, anda boleh dapatkan sofa ni di Lazada, klik sini: 2 SEATER FOLDABLE SOFA BED

Pengumuman!! Lazada sale!!! MARHABAN YA RAMADHAN RIANG RIA SALE (klik) menawarkan diskaun sehingga 90%. Bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017. Rebut peluang shopping murah barang Raya kat Lazada. Anda juga boleh beli sofa bed di atas, siap dengan diskaun lagi. Jimat banyak! Selamat menjalankan misi dekorasi lebaran anda.

2 comments:

mags premiums said...

www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

Banting Travel-Cuti Cuti Malaysia said...

bantingtravel.blogspot.com
Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant